Penyalaan kawah Olimpik Larian obor Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022

Kawah Olimpik di Yanqing

Larian obor tamat pada upacara pembukaan Sukan Olimpik 2022, apabila Kawah Olimpik telah dinyalakan oleh pemain ski merentas desa berbangsa Uyghur, Dilnigar Ilhamjan, dan gabungan nordic Zhao Jiawen.

Selepas kawah di stadium telah dinyalakan, kawah yang terletak di ketiga-tiga kluster tempat pertandingan telah dinyalakan sejurus tamatnya majlis perasmian.

  • Kluster Taizicheng - kawah yang terletak di plaza pusatnya telah dinyalakan oleh pemain ski gaya bebas/slopestyle Wang Wenzhuo (王文卓) yang berumur 19 tahun dan berasal dari Zhangjiakou.
  • Kluster Yanqing - kawah kekal yang terletak di pusat bandar Yanqing jauh dari tempat pertandingan larangan kebakaran telah dinyalakan oleh peluncur laju balapan pendek Wang Hanyi (王瀚一) yang berumur 10 tahun dan berasal dari Yanqing. Beliau telah menduduki tempat pertama dalam pertandingan 500m perbandaran Beijing.
  • Kluster Beijing - kawah yang terletak di antara Stadium Negara dan Kiub Ais dinyalakan oleh Zhang Junying (张军英), seorang arkitek dalam kalangan pereka Stadium Nasional dan sukarelawan Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022.